Sunday, October 6, 2013

I am a Malaysian but I am also a Kpoppers...

Dear Bloggers,
Today I have to apologize for any harsh words after this.. I am very sorry.. Its just that i saw this article and i just gotta say what is in my mind.. Just a reminder that what is said after this is actually just an opinion of a Malaysian which is also a Kpoppers and an avid music fan..

The Article goes like this..

K-POP 'Satu Pembaziran' - Zed Zaidi | KEMARAHAN Presiden Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil berhubung bayaran kemasukan artis Korea pada Perhimpunan Sejuta Belia, pada tahun lalu ternyata berasas.

Pernah mempertikaikan jumlah bayaran hampir RM2 juta hanya untuk persembahan tiga kumpulan K-Pop (U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet), Zed akhirnya terpaksa 'menutup mata' setelah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan pada ketika itu memaklumkan ada penaja yang menanggung perbelanjaan mereka ke sini.  

Bagaimanapun, laporan Ketua Audit Negara 2012, kelmarin, yang mendedahkan perbelanjaan itu sebenarnya ditanggung kerajaan dengan kos RM1.6 juta hanya untuk membawa masuk tiga kumpulan K-Pop itu ternyata mengejutkan industri seni.

Menurut Zed, tindakannya itu ternyata berasas apabila sudah terang lagi bersuluh ia adalah satu pembaziran dalam program berkenaan.

“Bayangkan dengan peruntukan RM1.6 juta, KBS ketika itu boleh membayar kepada kita-kira 1 juta artis Malaysia.

Malah peruntukan RM1,000 untuk penyanyi solo dan RM3,000 untuk berkumpulan untuk artis tempatan juga boleh dinaikkan jika mereka ada peruntukan sebanyak itu.

“Ketika saya mempertikaikan dahulu, wakil KBS beri alasan tindakan mereka bawa artis Korea adalah untuk menarik belia dari kaum Cina. Tapi pada saya, mereka sepatutnya mempertaruhkan artis Cina tempatan untuk persembahan, apatah lagi, artis Korea bukannya membawa budaya yang elok.

“Malah, sepatutnya kerajaan sendiri mengutamakan artis Malaysia dan saya sokong tindakan KBS yang sudah memansuhkan kemasukan artis Korea dalam program belia selepas ini,” ujarnya kepada Zass.

Zed berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sepatutnya boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai kerajaan yang didapati membelanjakan wang lebih daripada yang sepatutnya.

Menurutnya, ia bagi mengelakkan pembaziran dan bagi industri seni sendiri, ia dapat membantu lagi memperkembangkan industri dan membela nasib artis tempatan.

“Saya sokong keberanian Khairy (Khairy Jamaludin)  yang berani mendedahkan masalah dalam kementeriannya sekarang dan bertanggungjawab dengan perbelanjaan sebanyak itu biarpun pada ketika itu dia belum  lagi menjadi Menteri Belia dan Sukan.

“Sebagai menteri, beliau telus dalam menjalankan kerjanya dan ketua sebeginilah yang kita mahukan sekarang,” jelasnya.-sinar harian

Pendapat
Once again, menyalahkan artis luar. At least artis kpop itu menegaskan budaya sopan mereka apabila off stage. Kalo nk ckp bwk perangai buruk, orng kita artis/ tak pun ad jugak buruk baiknya. jgn nk asyik tuding jari pada orang lain kalau kita sendiri pun serba kurang. Kita kene balance sikap patriotik n open minded kita. Negara kita juga kaya dgn budaya sama mcm negara Korea tu.. 
Saya akui ad jugak budaya pakaian artis Kpop itu mmg terdedah tp itu krn ia mengikut demand pemint mereka..Lagipun kalau nk ckp pasal budaya pakaian, sy seuju dgn komen diatas.. Rakyat Malaysia juga ada yang berpakaian begitu dan pengaruh nya juga bukan shj dtng dr Kpop tetapi budaya barat.. Jangan lupa itu..

Kenapa kita nak kutuk negara korea yg merupakan salah satu negara Asia tp kita worship negara Barat yg sbnrnya lagi teruk pengaruhnya? Takde bende yang sempurna dlm dunia ni.. Mereka dh trng2 dilahirkn kafir mmglah begitu budayanya..
Bab kutuk mengutuk ni.. semua ada minat masing2.. Everyone got their own taste on music and unless you want them to judge the songs or artist tht u like, please respect other's opinion and jgnlah pakai tuding jari pada orang lain.. 

Mengenai Artis Tempatan vs Artis Korea..
Artis korea/.artis Malaysia.. all ada yang bagus dan yang x bagus. Ada je Artis Korea yang menyanyi sehebat Siri Nurhaliza, bezanya x semua faham apa yg mereka nyanyi. Kita kn mahukn negara Malaysia dikenali di mata dunia sbgi Malaysia yang unik, tp step pertama utk maju adalah tengok bagaimana budaya lain. Amik yang bagus n avoid yang buruk. baik buruk utk semua orng lain.. 

Situasinya sama mcm program pertukaran pelajar antara satu negara ke negara lain. Kita hntr pelajar Malaysia ke luar n mereka hntr pelajar mereka ke sini..kita masing2 mempelajari budaya lain. Tak salah amik tahu. Xdelah digelakkan atau diperbodohkan bila kita dapat peluang untuk mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Saya pun nk membawa nama Malaysia ke mata dunia.. tp kene sedar.. Nak mencipta nama harus bermula dari bwh n maju keatas, dikenali, dihormati dan disegani oleh negara2 lain. 
Malah orang barat pun hormat pd negara Jepun & Korea.. Why? sbb walaupun artis Kpop mereka menari dgn style mereka yg seksi ttp bila mereka melawati negara2 tersebut, mereka didedahkan dgn budaya negara smpikan mereka terpesona dgn budaya tersebut. Malaysian sume pun mesti ada cita2 utk jadi begitu kn? Sure, negara Korea x sama mcm Malaysia.. sbb negara kita ada keistimewaan sendiri.. 

So.. dont be too close minded. Kita boleh jadi moden tp masih memelihara budaya kita sbg orang Malaysia. Jadilah mcm JinnnyBoy(cari nama mereka di Youtube) n tgk bagaimana usaha mereka memperkenalkan Malaysia ke mata dunia.. Ramai orang asing menonton video mereka n memuji negara kita yang berbilang bangsa tp masih hidup aman.. Mereka moden ttp masih memperkenalkan budaya Malaysia sprti mainan tradisional, sekolah di Malaysia dan sebagainya.. Saya bangga menjadi rakyat Malaysia bila menonton video2 mereka.

Apapun.. itu hanya pendapat saya. saya bukan belajar tinggi..saya hanya seorang manusia biasa.yang lahir dan tinggal di Malaysia.. Saya bangga jadi rakyat Malaysia.. Jadikan budaya kita kebanggaan kita di mata dunia. Setiap orang ada minat berbeza, jgn sbb minat atau hobby berbeza membuatkan kita bergaduh.. saya suka bila tgk Rakyat Malaysia tgk bola di stadium..sebab ada semangat kesatuan disitu bila kita sama2 cheer for the team..Itu shj dr saya.. maaf jika terkasar bahasa.. Ia hanya pendapat ikhlas dari saya sbgi seorang rakyat Malaysia..